08 June 2011

keliru


assalamualaikum...
sementara tengah free duk umah bersama anak saudara nie..
update la blog seboleh yg mungkin...
melayan kerenah dan gelak tawanya...
best!..
hilang stress jap..
sempat pergi tgk kung fu panda 2 lg tuh..haha!!..
tapi tu bukan perkara yg nak di bincangkan...
perkara utama adalah sikap manusia sekarang nie..( lebih merujuk kepada masyarakat Melayu ) yg keliru antara konsep syukur dan puas hati...

sebagai orang Islam, seharusnya kita sentiasa bersyukur atas segala limpah kurnia dari tuhan..
tidak kira sama ada ia adalah satu bala atau nikmat...
kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kite...
sekiranya ia adalah sesuatu yang buruk, bermakna ia sebagai satu peringatan kepada kita supaya meningkatkan lagi usaha bagi usaha bg mencapai sesuatu yg lebih baik...
ada yang lebih teruk dari itu,
terus menyalahkan si Pencipta kerana tidak adil kepadanya..

namun begitu, masalah sering dihadapi apabila kita mendapat nikmat dari-Nya...
sikap "berpuas hati" sering disalahertikan dengan konsep "syukur"...
kebanyakan daripada kita apabila mendapat kelebihan dan nikmat, kita terus berpuas hati dengan apa yg telah dikecapi..cepat berasa megah dan bangga..

seharusnya, apabila kita mendapat ganjaran baik atas perbuatan dan usaha kita, kita semestinya bersyukur atas nikmat yg dkurniakan...dan seterusnya berusaha dengan lebih gigih bagi mendapatkan lebih dari apa yg telah kita dapat...ini bukan tamak..tetapi ini adalah sesuatu yg dikatakan sebagai "sentiasa memperbaiki diri" dan tidak mudah berpuas hati..
kalau dah dapat untung RM 100...usahalah lagi bagi mendapatkan keuntungan RM1000 pula..
kemudian RM10000...dan seterusnya..barulah dikata umat Islam yg hebat yg sentiasa berusaha...

jangan terus kekal di tampuk lama..bebaskan diri kita semua daripada penjajahan yang tidak berkesudahan ini...kalau boleh berlari, kenapa berjalan...kalau boleh melompat, kenapa merangkak??...capai bintang hari ini juga..JOM!!


No comments:

Post a Comment