12 June 2011

at last!



selamat semua!...
bila balik ke Shah Alam semula, bagi menjalankan beberapa tugas dunia,
rasa susah sgt nak tinggalkan famili kat ipoh...
with all the children playing around...
i'm gonna miss their laughter and cry...
papepun..org ckp: "hidup mesti diteruskan"...

sampai di Shah Alam, masih berkesempatan untuk menonton AF9...


Akademi Fantasia yang terakhir ini menampilkan 4 calon juara
1. Fina
2. Lena
3. Hazama
4. Azri

dan seperti yg dijangka, Hazama telah dipilih oleh pengundi sebagai juara terakhir...
tahniah Hazama, pengalaman bersama Meet Uncle Hussein sgt membantu anda!
secara jujurnya aku mengaku bahawa aku bukanlah 'kipas-susah-mati' AF..
tapi, aku still ikut gak la a few updates about AF nie..
siape yg menang...
siapa juri...
siapa yang kalah...
siapa tenaga pengajarnya...
dan mcm2 lagi...

kalau tidak silap, sewaktu sebelum AF yg pertama dahulu, byk spekulasi yg timbul...
bukannya tentang siapa pengetua AF sahaja...
bahkan yg lebih penting adalah dari segi kewajaran program realiti seperti itu diterbitkan...
ada yg mengatakan bahawa ia meniru budaya barat,...
dan yg lebih menjadi perbualan hangat pada masa itu adalah mengenai pergaulan bebas antara pelajar2 AF dan juga termasuklah cikgu2 AF...
berpegang dan berpeluk sesuka hati bagaikan adik beradik kandung...
memang ini bukan bidang aku untuk berkata lebih mengenainya...
dan rasanya tidak perlulah aku nak mengungkit lagi kerana AF telah pun sampai ke penghujungnya...
sekurang-kurangnya, tiada lagi "AFundi ke 32999!"

walaupun AF telah berakhir, namun, gejala sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama orang Melayu Islam sgt2 membimbangkan...
walaupun kita sentiasa menganggap perubahan waktu dan zaman yg mengajak kita bagi melakukan perubahan dan berfikir dengan lebih terbuka..
tp hukum agama tetap melarang persentuhan antara bukan muhrim...
seharusnya walaupun berlapik dengan baju atau kain alas, tetapi ia tetap tidak seharunya berlaku...
masalah menjadi lebih rumit bila semua orang mengambil ringan terhadap perkara yg berlaku..
semua mengatakan ia adalah lumrah dunia...dan menerimanya seperti ia bukanlah perkara yg berdosa untuk dilakukan...

seharusnya, bagi yang berkuasa (seperti ketua, ibu bapa, guru, dsb) bolehlah menegur dgn menggunakan kuasa mereka (bukan bermaksud seperti kuasa ultraman tu!)..
sebagai contoh, memukul, merotan, mencubit atau apa2 sahaja yg sesuai dan tidak keterlaluan..
ataupun, bolehlah menegur dgn lidah( bermaksud lisan la!..bukan pukul guna lidah ye!..)..dengan cara memberi teguran yg berhikmah...
atau yg terakhir, adalah dengan menegur dengan hati, tetapi itulah selemah-lemah iman...
aku akui memang iman aku sgt lemah...
tapi walau bagaimanapun, cubalah kita sedaya upaya mengelak diri kita daripada membuat perkara tersebut kerana ia boleh membawa kepada kemungkaran yg lebih teruk..seperti zina dan sebagainya....
wah..dah mcm ustaz pulak!..
dan orang yg ditegur mestilah menerima teguran sebagai satu yg positif dan memperbaiki kesalahan diri...
apabila kita ditegur atas kesalahan kita bermakna kita disayangi olehnya...
mak takkan pukul kita jika beliau tidak sayangkan kita...
BETUL TAK??!!...

so kepada semua, let's change the world for a better future...
sebelum tu, aku tinggalkan korg semua dengan one of my faveret stage performances by Meet Uncle Hussein feat Hazama..music arrangement die sgt unik dan kreatif...cooll!!



p/s: saya sayang famili saya!!..

08 June 2011

keliru


assalamualaikum...
sementara tengah free duk umah bersama anak saudara nie..
update la blog seboleh yg mungkin...
melayan kerenah dan gelak tawanya...
best!..
hilang stress jap..
sempat pergi tgk kung fu panda 2 lg tuh..haha!!..
tapi tu bukan perkara yg nak di bincangkan...
perkara utama adalah sikap manusia sekarang nie..( lebih merujuk kepada masyarakat Melayu ) yg keliru antara konsep syukur dan puas hati...

sebagai orang Islam, seharusnya kita sentiasa bersyukur atas segala limpah kurnia dari tuhan..
tidak kira sama ada ia adalah satu bala atau nikmat...
kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kite...
sekiranya ia adalah sesuatu yang buruk, bermakna ia sebagai satu peringatan kepada kita supaya meningkatkan lagi usaha bagi usaha bg mencapai sesuatu yg lebih baik...
ada yang lebih teruk dari itu,
terus menyalahkan si Pencipta kerana tidak adil kepadanya..

namun begitu, masalah sering dihadapi apabila kita mendapat nikmat dari-Nya...
sikap "berpuas hati" sering disalahertikan dengan konsep "syukur"...
kebanyakan daripada kita apabila mendapat kelebihan dan nikmat, kita terus berpuas hati dengan apa yg telah dikecapi..cepat berasa megah dan bangga..

seharusnya, apabila kita mendapat ganjaran baik atas perbuatan dan usaha kita, kita semestinya bersyukur atas nikmat yg dkurniakan...dan seterusnya berusaha dengan lebih gigih bagi mendapatkan lebih dari apa yg telah kita dapat...ini bukan tamak..tetapi ini adalah sesuatu yg dikatakan sebagai "sentiasa memperbaiki diri" dan tidak mudah berpuas hati..
kalau dah dapat untung RM 100...usahalah lagi bagi mendapatkan keuntungan RM1000 pula..
kemudian RM10000...dan seterusnya..barulah dikata umat Islam yg hebat yg sentiasa berusaha...

jangan terus kekal di tampuk lama..bebaskan diri kita semua daripada penjajahan yang tidak berkesudahan ini...kalau boleh berlari, kenapa berjalan...kalau boleh melompat, kenapa merangkak??...capai bintang hari ini juga..JOM!!


mulanya disini..




assamualaikum semua...

dah lame x update blog...
secara jujurnya, memang sangat sibuk...
dengan pelajaran (semestinya!)...
termasuklah perkara-perkara lain yang sengaja
menyibukan diri...
kadang-kadang bila duduk diam dan tidak berbuat apa-apa pun boring juge...
almost sometime juga x bukak blog nie...
the real life is more exciting than what i thought it would be...

februari 2011 really put everything so much different...
dilantik menjadi MPP UiTM sesi 2011/2012 sangat tidak disangka...
tak pernah terpikir and x pernah berharap akan jadi orang besar dlm UiTM nie...
tp kan spiderman dah ckp...
"when comes great power...comes great responsibilities"...
dalam al-Quran pun dah tulis awal2 dah...dalam sur
ah al-Baqarah:
"Allah tidak akan membebankan umatnya dengan apa yang tidak ia mampu..."( somekind like that laaa..)
so, aku sahut cabaran sebagai MPP UiTM Sesi 2011/20
12 mewakili Fakulti Perubatan UiTM.
then...
mcm2 lah berlaku sebagai seorang mpp...best weh!!!...

then, few months later...
dapat lagi satu jawatan...(bukan gile jawatan ekh...)
Regional Director of Society of MMA Medical Students...
which is supposingly org lain yang dapat jawatan nie..
tp sbb org tu x dtg waktu pertandingan untuk jawatan nie...
so, aku lah yang menggantikannya...
SMMAMS adalah satu persatuanyang mewakili suara pelajar perubatan diseluruh Malaysia...
hebat persatuan ini..
dan aku harap aku dpt berbakti utk persatuan nie...
cheers for SMMAMS!!