30 June 2010

same jerr...

lebih kurang seminggu yang lepas..
saya sempat meluangkan masa bersama kawan lama..
beliau baru pulang dari luar negara..
menyambung pelajarannya di sana...
selama beberapa hari bersamanya...
banyak perkara yang disembangkan dan dibincangkan..
terdapat satu perkara yang menarik minat aku..
iaitu tentang persekitarannya di sana...
katanya, banyak mat salleh bermata biru...
tidak kurang banyaknya pelajar-pelajar dari negara-negara seperti pakistan, dan lain-lain...
pergaulan yang bebas dalam kalangan pelajar disana amat membimbangkannya...
bukan sahaja rakyat tempatan...
pelajar Malaysia di sana juga tidak kurang tunjuk belang..
maklumlah, berjauhan dari keluarga dan agak bebas...
apabila saya mengatakan tentang 'pelajar Malaysia',
ia juga merujuk pelajar Melayu dan bukan Melayu...
skirt pendek menampakkan peha putih gebu..
serta tudung yang menutup ala kadar dan mengikut fesyen...
lelaki dan wanita berpegangan tangan seolah-olah pasangan suami isteri...
saya bukan lah pandai sangat dalam bidang agama dan hukum-hakam ini...
tetapi peraturan asas sebagai seorang muslim masih terjaga...
pergi ke pub dan kelab malam...
apa yang dibuat pun tida tahu...
walau bagaimanapun...
situasi di Malaysia juga tidak jauh bezanya...
saya seorang orang kampung yang baru setahun menjejakkan kaki ke bandar besar seperti shah alam...
memang agak terkejut sebenarnya...
culture shock!
disini juga terdapat ramai anak Melayu yang tidak sedar diri...
bukan kerana pengsan, tapi berlagak seperti mereka yang berada di Barat...
berpegang tangan sesuka hati...
bertepuk tampar, bergesel kaki, berlaga bahu seperti perkara biasa...
saya sendiri kadang-kadang berasa seperti di luar negara tetapi suhunya lebih tinggi..
kalau disana, kawan saya itu terpaksa berpuasa bagi menahan nafsu...
mungkin saya disini juga perlu mengamalkannya juga..
tidak cukup dengan pakaian yang menjolok mata, perangai pula yang tergedik-gedik..
tersengih-sengih sambil merasakan bahawa diri merekalah yang paling cantik...

walau bagaimanapun, perkara sebegini hanya terjadi kepada segelintir daripada kita..
saya pasti banyak lagi muslim dan muslimah yang pandai menjaga adat dan maruah mereka...
sekiranya anda adalah salah seorang daripadanya, TAHNIAH!..ALHAMDULILLAH...

17 June 2010

Filem Melayu


kalau anda semua perasan...
banyak filem buatan Malaysia yang tidak berkualiti dan hanya mementingkan keuntungan...
setiap bulan, pengarah sama muncul dengan filem terbaru..
lakonan yang lemah..
jalan cerita yang berulang..
lawak yang dah basi..
pelakon yang sama..
semuanya "asal jadi duit"...
jarang sekali produksi filem Malaysia mampu menghasilkan filem yang berkualiti..
alasannya adalah bajet filem yang ciput atau kurang kemampuan teknologi terkini..


bukan untuk memuji filem-filem arahan Yasmin Ahmad, tetapi karyanya memang terbukti menunjukkan kualiti dan mutu yang tinggi..
setaraf dengan filem antarabangsa...
sebagai contoh: filem Muallaf yang banyak menerima tohmahan dan kontroversi dari pelbagai pihak banyak menyelitkan unsur-unsur keagamaan yang sedikit sebanyak memberi penontonnya sedikit ilmu tentang agama lain.
Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk membanding-bezakan, Islam dan agama lain.
antara yang terdapat dalam filem Muallaf:
  1. “ON NO SOUL DOES GOD PLACE A BURDEN GREATER THAN IT CAN BEAR, IT GETS EVERY GOOD THAT IT EARNS. AND IT SUFFERS EVERY ILL THAT IT EARNS. OUR LORD, CONDEMN US NOT IF WE FORGET OR FALL INTO ERROR. OUR LORD, LAY NOT ON US A BURDEN LIKE THAT WHICH YOU DID LAY ON THOSE BEFORE US. OUR LORD, LAY NOT ON US A BURDEN GREATER THAN WE HAVE STRENGTH TO BEAR. BLOT OUT OUR SINS, AND GRANT US FORGIVENESS. HAVE MERCY ON US. YOU ARE OUR PROTECTOR. HELP US AGAINST THOSE WHO STAND AGAINST FAITH.”
  2. “TRUE WORDS ARE NOT FINE-SOUNDING. FINE-SOUNDING WORDS ARE NOT TRUE”-TAO TE CHING-
bukan nak mempromosikan filem Muallaf, tapi sesuatu yang baik, perlu dikongsi bersama!!
filem-filem Melayu yang tidak menunjukkan kualiti yang bagus itu tak perlulah dinyatakan disini..
tepuk dada tanya selera...
kalau baru tengok setengah jam dah menyampah dan meluat tu, haaa...itulah dia...
filem arahan Afdlin Shauki, Khabir Bhatia dan Mamat Khalid juga tidak kurang hebatnya...
tedapat banyak mesej yang tersurat jika diteliti satu persatu..
lawaknya ikhlas, tidak dibuat-buat..
lakonan yang bersahaja namun mantap..
jalan cerita yang tersusun serta plot yang unik..
macam inilah filem Melayu..
meneruskan tradisi kehebatan dan kemegahan filem Melayu yang dicetuskan oleh P. Ramlee...
bukan setakat menghiburkan, tetapi sarat dengan mesej yang membina..
haish...rase macam nak mengarahkan filem sendiri sahaja...
penat mata ini tengok filem tak berkualiti..




09 June 2010

Muzikal si Hati

Degup jantung menjadi ritma

Angin sayu meniup seruling kasih

Ditemani geseran si dedaun segar

Dan fauna melirik sunyi

Kala perkusi pohon menyertai

Muzik dari baluk-baluk hati

Sepi malam tiada lagi

Overture seindah ini

Tidak dapat ditafsir

Dalam krocet mahupun semibrif

Penuh legato menyisir hati

Berlinang alir sekali lagi

Dan

Biarlah aku, dia, kita, semua,

ada disitu

Untuk…

Supaya…

semoga…

Menikmatinya

Kekal abadi.

here are some homemade lyrics..

Pintaku

Mungkin benar hidup di dunia tak seindah di syurga

Mungkin benar kasih kita tak seagung yang esa

Mungkin benar cita menjarakkan kita

Tapi jangan benarkan cinta pisahkan kita

Semalam kita senyum tertawa

Semalam kita tangis berduka

Mungkin esok tiada lagi bercahaya

Sinar persahabatan yang ceria

Satu hanya ku pinta darimu teman

Agar kau terus mengingatiku

Sampai akhir hayatmu

Di setiap detik berlalu

Walau payah dan senang

Ku tetap disini selalu

Dalam meniti tiap saat di dunia

Ku perlu kamu, dia dan kita

Tak mungkin ku mampu terus berdiri

Tempuh segala duri di bumi

Tak perlu aku ungkapkan sekali lagi

Kalimah suci hati naluri ku

Saat kau peluk aku

Mengaku kata hatimu

Dan ku benarkan engkau

Pergi...

Bsmilllah...

atas sebab-sebab tertentu,
blog yang lama tak dapat diteruskan...
walau bagaimanapun, Insya-Allah blog ini akan berkekalan dan sentiasa dikemaskini.

pautan kepada blog yang terdahulu:
http://akudiakitasemua.blogspot.com